Welcome to my world.....

If you fail to plan...you plan to fail....

About Me

My photo
Assalamualaikum semua.....terima kasih di atas kunjungan anda ke laman blog saya...jika ada perkara yang ingin dikongsikan....saya bersedia untuk berkongsi bersama-sama dengan anda......

Tuesday, January 27, 2009

16 Peratus Rakyat Malaysia Sakit Mental?

SUNGAI PETANI, 22 Nov 2007 (Bernama) -- Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.


Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.


"Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah serta tiada sokongan masyarakat," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.


Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.


Chua berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 peratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.


"Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh," kata beliau.


Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikiatri kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.


"Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila' dan ini menyebabkan kursus perubatan psikiatri tidak begitu popular sehingga sekarang," kata beliau.

Katanya, setakat ini cuma terdapat 145 orang pakar psikiatri dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikiatri.


Chua berkata, sehubungan itu kerajaan mahu usaha mempertingkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dipertingkatkan.

Disusun dan edit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Lelaki Lembut Kesan Keturunan?

PERWATAKAN lembut dalam diri seseorang lelaki tidak berpunca dari keturunan atau masalah kekurangan hormone testosterone.

Malah hingga hari ini penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang lelaki itu berperwatakan lembut. Ada beberapa kajian menunjukkan ada pengaruh persekitaran ketika seseorang lelaki itu dalam alam kanak kanak dan sedang membesar - tetapi teori ini tidak boleh dibuktikan lagi.


Pengambilan pil yang mengandungi hormone testosterone tidak akan menyebabkan seseorang lelaki lembut bertukar sifat menjadi lebih keras. Malah, ia akan membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Ini termasuk perubahan perasaan (mood swing), pengecilan buah zakar dan risiko menjadi mandul.


Kekurangan hormone testosterone dalam badan akan menyebabkan simptom antaranya cepat letih, tidak bertenaga, tidak bernafsu dan mati pucuk. Ia selalu bermula apabila seseorang lelaki itu mencapai umur 40-an ke atas.


Jika ragu-ragu, anda boleh berjumpa doktor dan paras hormone testosterone saudara boleh diukur dengan cara pengambilan darah. Usahlah rendah diri atau tertekan dengan perwatakan saudara itu. Lelaki lembut mampu berfungsi seperti lelaki normal dari semua segi termasuklah dari segi seksual dan juga kebolehan mendapatkan zuriat.

Dijawab Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
Di: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Tanyadoktor/20081129100513/Article


kereta alaf baru

video

Berfikiran Kreatif (Think Out of The Box)

video